Sekian
Last weekend, aku & kawan2 waktu di sekolah teknik dahulu mengadakan satu mini gathering. Gathering kami agak berbeza kerana jika orang lain lebih prefer untuk adakan gathering di hotel2 mewah atau restoran2 ekslusif, kami telah memilih taman negara sebagai lokasi gathering kami. Percutian ini mengambil masa selama 2 hari. Apa lagi, mari lihat aktiviti kami ketika di sana~~
Hari Pertama:
Seawal jam 7.45 pagi en. 3 huruf telah sampai ke rumah aku dan bersama2 dgn beliau ialah Fence & Meza. Setelah mendapat 'taklimat' ringkas drp mak aku, en.3 huruf memulakan perjalan. Jam 8 pagi kami tiba di hentian sebelah gombak. Ramai Yang telah berada di sana rupanya. Jam 8.30 kami memulakan perjalanan. Kemudian kami berhenti di hentian Genting Sempah untuk sarapan pagi. Jam 9.30 kami memulakan perjalan kembali.
Lebih kurang jam 1 ptg, kami tiba di Taman Negara. Perjalan drp Simpang Piol ke Taman Negara agak mencabar, mujur pemandu kami semuanya profesional. Haha! Setelah urusan pemberian kunci selesai, semua membuat aktiviti bebas seperti berehat & makan t/hari. Tepat Jam 2.30 petang, kami memulakan aktiviti pertama. Aktiviti pertama kami ialah Jungle Tracking & menjelajah (penggunaan perkataan yg aku rasa macam tak sesuai je) ke Gua Telinga. Sebelum memulakan aktiviti, tourist guide kami memberi sedikit briefing dan kemudian kami memulakan perjalanan.
Sebelum tiba di lokasi jungle tracking, kami perlu menaiki bot untuk menyeberang. Pengalaman pertama bagi aku, rasa teruja sangat. Setelah sampai, kami berehat sebentar di perkampungan org asli & kemudian kami memulakan jungle tracking kami. Perjalanan jadi mencabar kerana sekarang musim hujan. Lopak air bercampur lumpur di sana sini. Semua seboleh2 cuba menjaga kasut masing2 (
Setelah sampai di chalet, semua mengambil kesempatan untuk membersihkan diri & pada jam 7.30 kami makan malam. Pada jam 8.45 malam kami memulakan aktiviti ke dua iaitu night walk. Aktiviti ini agak ringan berbanding aktiviti pertama.
Kami di bawa berjalan di dalam hutan sambil memerhati serangga yang terdapat di sana. Pelbagai serangga & pokok2 unik yg di temui. Aktiviti kemuncak malam itu ialah menaiki Bumbun Tahan (menara tinggi) yang mana di atasnya kami dapat melihat sebuah padang & binatang liar (waktu malam tersebut kami dapat lihat rusa) sedang mencari makanan. Aktiviti tamat sekitar jam 10.30. Kami semua pulang ke chalet dalam keadaan kepenatan & terus ZZZZZZZ.....
Majlis Penyerahan Kunci.. haha!
Briefing sebelum aktiviti Pertama~~
Naik Bot untuk ke seberang
Sungai yg deras arusnya~~
Posing lagii~~
Seberang Sungai
Rumah org asli.. Survivor kan..
Signboard di tengah2 hutan.. Unik x..??
Jejaka idaman MALAYA
Welcome to Gua Telinga
Suasana di dalam Gua
Kelawar & najis2nyer..euwww
Muka kepenatan setelah tamat aktiviti
Gambar yg di ambil Oggy ketika Night WalkHari Kedua:
Sampai di chalet, kami mula berkemas & kami bertolak pulang.
Seawal jam 7.30 pagi, kami semua bersiap2 untuk bersarapan pagi. Menu: bihun goreng & milo suam (manis~~).
Jam 9.30 pagi, kami memulakan aktiviti seterusnya iaitu Canopy Walk. Seperti biasa, kami perlu menaiki bot untuk ke lokasi. Sampai di sana, tourist guide kami memberitahu, sebelum sampai ke lokasi Canopy Walk, kami perlu mendaki kira2 300 meter ke atas. Waktu itu aku maintain je, setelah memulakan pendakian anak tangga, aku semput, beberapa kali berhenti, & seperti biasa, en. 3 huruf sentiasa disisi sambil bertanya "pii..larat x..?".. "pii..pinggang sakit x..?" hehe..dont worry.. sy sgt bersemangat waktu ituuu.. yihaaa!!
Sampai di atas, kami membeli tiket untuk menaiki Canopy Walk. Bak kata mahir & abg tourist guide. "Aktiviti pagi ini santai je.." tetapi disini saya ingin membuat confession! waktu 10 langkah pertama di atas canopy walk, aku sangat gayat! lagi2 bila jambatan tersebut bergoyang2.. gilerr!! rasa nak patah balik.. Tapi malu la kan kalau aku patah balik.. Ali yg berada di depan memberi semangat pada aku.. "Kalau Ali boleh! Aku Pun bolehhh!!" & thank God aku berjaya.. hehe..
Setelah tamat aktiviti tersebut, aktiviti seterusnya ialah rapid shooting atau dengan kata lainnya lumba bot. Oleh kerana keadaan paras air yg deras ketika itu, perlumbaan tidak dilakukan tp pemandu bot ttp membawa bot dgn lajunya. Nasib baik pemandu bot kami berhemah. Sampai di Nusa holiday (tempat berkelah) kami tidak basah! pencapaian hebat!! org lain semua basah.. hehe.. jgn jeles ok..
Jadi bagi mereka yg basah, mereka terus membasahkan diri dgn mandi di anak sungai di sana. Aku & en.3huruf ddk lepak2 saje.. almaklumlah kami kering waktu tu.. haha!
Setelah semua selesai kami bertolak balik menaiki bot. Dan, kusangka panas hingga kepetang rupanya basah di tengah jalan! haha..!! kekeringan yg dipertahankan oleh aku & en.3 huruf hanya sementara setelah pakcik yg memandu bot kami telah membawa dgn skillnyer lalu kami semua basah. Waktu tu satu bot bersorak bila tgk kami ber 2 basah. Bak kata Ghalib "Aku rasa nak salam pakcik yg bawak bot ni sbb bshkan korang.." cisss!!
Sampai di chalet, kami mula berkemas & kami bertolak pulang.
Berlatar belakang sungai pahang
Mahir sempat PosingWalaupun Percutian ni sekejap, tapi sgt happening. TQ to cik Mahirah kerana menjadi organizer yg sgt2 TIP TOP! & thanx jugak pada kawan2 lain yg sgt havoc!! last but not least, thanx to en.3huruf yg menjaga sy dgn sgt baik selama 2 hari tersebut. Awak sgt caring & tak pernah lekang drp menjaga saya.. Thanx again...
Sebelum mengakhiri entry ini. Terimalah Gambar paling HOT sepanjang percutian ini.. tadaaa!!!
Sebelum mengakhiri entry ini. Terimalah Gambar paling HOT sepanjang percutian ini.. tadaaa!!!




7 comments:
mujur ko tk selit tragedi di karak..
itu kenangan bsama kete oren...
huhuhu
[prettyrain]haha!! tau x pe..lagi2 kalau selit scene ko kejut fence.. & muka cuak fence & muka cool fet.. haha!! gilerrr!
heheheheee... best..best...
update cerita karak!
haha
gmbr plg hot tu tak thn..
:D
shhhh! shhhh!
diam-diam. memori berempat!
owh sgt jeles!nak itot..
[fet3]kan.. kan..
[cik qem]lepas bermesyuarat, ahli jawatankuasa mengambil keputusan untuk merahsiakan cerita itu.. haha!!
[prettyrain]ok2.. syhhh..syhhh (saje buat qemal bengang..haha!
[nadieyya]weyhh..pasni ada aktiviti.. ko WAJIB join tauu.. bawak abg syg sekali.. ehem.. ehemm..
Post a Comment