Friday, March 2, 2012

~Update: Aniq Naufal 4 Months~

Ya Allah, sekejap je rasanya masa berlalu. Rasanya baru semalam aku tahu aku positive pregnant, rasanya baru sangat aku rasa ke hulu ke hilir bawa perut yang besar & aku masih terngiang ngiang sakitnya bersalin.

Tengok-tengok hari ni, dah besar rupanya anak bujang aku. Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Tak sangka, dah 4 bulan setengah anak aku.

2 minggu lepas pergi bawa Aniq Naufal check up di Klinik Kesihatan Kampung Cheras Baru. Bulan ni memang takde cucuk, so, relax sikit lah si bujang tu. Currently update waktu 4 months check up

Berat: 7.8 Kg (uuu)
Tinggi: 66 cm

Ok, progress lain Aniq Naufal:

Dia dah pandai buat Commander Crawl haha!! tapi version ulat gonggok! Macam mana?? Yer, dia angkat meniarap sambil angkat punggung dengan tingginya, kemudian maju ke depan. Sekarang aku memang tak berani tinggal dia sorang-sorang atas katil, sebab dalam sekelip mata dia akan mengensot ke hujung katil. Seriau jek tengok! Aku prefer letak dia atas tilam landai & kepung dengan bantal.

Kalau nak susukan dia sambil baring pun susah, sebab, kalau aku nak beri nenen belah kiri, nanti dia pusing belah kanan. Kadang-kadang, tengah nenen pun dia nak meniarap. Alahai si buah hati sorang, macam-macam keletah kamu. Takpe, ibu terhibur.


Oh, yer, Aniq Naufal dah pandai sebut beberapa bunyi seperti:

AA AA....

Buu... (kadang-kadang sambil menyembur air liur)

Bahhh...

Haha, kalau layan dia bercakap, aku pun dah jadi macam budak 4 bulan. Konon-konon nak translate apa dia cakap.


Another update: Ha, sekarang Aniq Naufal dah pakai diapers saiz L. Sebab saiz M dah start ketat di bahagian peha. Kesian pula aku tengok, kalau pakai L nampak selesa sedikit. Hehe.


Hmm, apa lagi yek, tu je kot. Kalau ada pun, maybe time ni aku lupa. Oh yer sebelum habis,aku tinggal kan kamu semua dengan latest pic Aniq Naufal:






Muka seorang Ahli Falsafah yang sedang berfikir. Tett..



Wednesday, February 29, 2012

~Baby Fair @ SOGO..~

Tak ingat baca di mana, tapi yang pastinya waktu blogwalking tiba-tiba terbaca tentang Baby Fair di SOGO ni.


Apa lagi, habis je kerja terus berdesup lah menyerbu SOGO dengan Cik Noraini. Wah! rambang mata! Majoriti yang di jual adalah baju-baju pelbagai jenama. POLO, PONEY, DISNEY dan banyak lagi. Memang seronok la tengok sale sampai 70% pun ada, hehe.


Wah!! Rambang mata I... uu..

Seperti yang aku cakaplah, kebanyakan yang di jual di sini adalah baju, gadget lain ada juga, tapi tak sebanyak baju, contoh: Stroller, car seat, barang-barang AVENT, DR BROWN and toys pun ada juga

Sila abaikan 'Prop' selain daripada TOYS tersebut, sekian!


Barang-barang AVENT pun ada


Barang-barang DR BROWN

Habis shopping baju-baju untuk Aniq Naufal, aku turun pula ke GF, aku beli pula baju untuk En.3 Huruf. Lately ni suka sangat nak suruh Anak beranak 2 orang tu berpakaian sedondon. Haha!boleh..?? lantak kau la dayah!

So, antara barang-barang yang sudah selamat saya bawa pulang ialah:

Merah Mak Ngahh!!



Anak beranak bewarna hijauu!!


Oh, ada baju, mesti la ada seluarnya..!


Yeay, lepas ni attend wedding boleh la kami sekeluarga berpakaian sedondon..! Ha! sebelum terlupa, untuk Amnie pun aku ada beli sesuatu:














Taraaa!! Nanti Auntie dayah pass baju ni pada ibu kamu yer sayangg..

Oklah, mata dah mengantuk, esok nak kerja lagi, so nanti kalau ada waktu lapang aku update lagi blog ni yer, tata..

Monday, February 27, 2012

~Aktiviti Keluarga#3: Hitam Putih~

Last sunday, kami sekeluarga attend wedding one of En. 3 Huruf punyer Officemate. Yer, hari minggu ialah hari makan lauk kenduri. Rasanya lately memang kami dapat banyak sangat jemputan wedding. Alhamdulillah, rezeki. Disamping itu dapat juga lah kami bawa Aniq Naufal jalan-jalan makan angin. Kesian si kecik tu, weekdays asyik kena duduk rumah je, so, weekend kami promise untuk bawa dia berjalan-jalan.

So, 11.30 am kami bertolak dari rumah. Sebenarnya En.3 Huruf dah janji dengan kawan-kawan officenya yang mereka semua akan berkumpul di Plaza Tol Sungai Besi jam 11.00 am. Disebabkan rumah kami di Kajang, so we have decided untuk tunggu di Hentian Nilai, sebab tu lah kami keluar rumah around 11.30. Dah la waktu nak keluar tu sebenarnya Aniq Naufal tengah lena tidur, aku angkat je dia bawak masuk dalam kereta & end up dia terjaga.


Muka excited walaupun terpaksa di kejut untuk di bawa masuk dalam kereta

Lama juga kami tunggu di Hentian Nilai. Kesian Aniq Naufal. Sampai borring duduk dalam kereta. Faham-faham je la kalau jalan berkonvoi ni, ada saja yang lambat & menyebabkan orang lain pun lambat sama.

Kasihan si kecik ini, daripada excited (rujuk gambar atas) sampai tertidur di buatnya menunggu kawan-kawan babah yang tak kunjung tiba

Setelah menunggu dengan sangat lama, dan setelah beberapa kali Direct Feeding kan Aniq Naufal dalam kereta akhirnya kami semua bergerak ke lokasi persandingan, which is kalau tak silap aku nama tempat tu Nilai Convention Centre kot. Kalau tak silap la.

Wah, ramai juga peserta-peserta konvoi dan kami sebenarnya datang sekali dengan pihak pengantin lelaki. Setelah kompang di palu & everything, kami pun seperti biasalah menjamu selera.

Muka excited dengar bunyi kompang.. so cute!! (*shame..shame tak malu.. puji anak sendiri!!*)

Dah selesai tu, kasihan Aniq Naufal, dia haus rupanya. Sempat juga cari tempat tersorok sedikit & Direct Feeding kan dia. Dan lepas tu kami pun minta diri untuk pulang, al maklumlah, anak bujang aku dah mengantuk sangat. Kesian pulak tengok.

Sorry! menggunakan camera phone aku yang sangat-sangatlah tidak canggih, ini sahaja hasil yang mampu aku beri!! haha!! lantak lahh!!

Sampai rumah around 3.30 PM. Aniq Naufal atau lebih tepat lagi kami sekeluarga sudah kepenatan. Apalagi, semua pun terkodoi tidur!! Tapi si champion adalah Aniq Naufal. Sebab dia tidur sampai jam 7.30 PM. Itupun setelah kami kejutkan. Haha! Anak aku mabuk tidur. Sebab kepenatan kot.Kih kih.

Itulah aktiviti kami. Borring kan, asyik-asyik cerita pergi rumah orang kahwin. Tak variety la korang ni. Haha! Lantak lah, at least dapat spend time dengan kesayanganS kan.. kan.. kan..


Last but not least, Family Potrait! Yer, kami sedondon yippieee!!

Friday, February 17, 2012

~Naluri Keibuan~

Dahulu sebelum berkahwin, sebelum mengandung atau lebih tepat lagi sebelum mempunyai anak, bila ditanya:

"Dayah, kau suka budak-budak tak?"

Dan ini jawaban aku

"Biasa-biasa jek.."

Yes, I mean it! Memang aku mengaku, sebelum ini aku tak pernah fanatik kepada kanak-kanak. Sangat-sangat jarang rasanya orang dengar aku puji baby-baby yang comel yang lalu depan aku. Ok, jangan salah faham antara 'biasa-biasa' dan 'tidak suka'. Lain yer maksudnya!

Kalau 'biasa-biasa', maksudnya, kalau nampak baby aku takderlah sampai "eee.. baby... tak sukanya..!" takde la sampai macam tu, cuma I don't bother. Tengok & biar. Aku tiada intention pun nak agah-agah budak tu or nak senyum-senyum dengan budak tu. Nope!

Sampai kadang-kadang, bila ada budak-budak kecil datang berhari raya di rumah aku dan mereka berkelakuan agak lasak, aku akan tunggu mak dia hilang daripada pandangan dan aku akan jegil mata dekat budak tu, haha! keji kan aku!

Namun segalanya berubah sejak kehadiran Aniq Naufal. Sekarang aku rasa aku sangat obses kepada kanak-kanak terutama sekali yang hampir sebaya dengan Aniq Naufal. Sekarang aku rasa semua baby itu chomel. Yer, aku maksudkan SEMUA! Tidak kisah lah dia anak orang melayu ke, cina ke, india ke, indonesia ke, mynmar ke, vietnam ke. (Habis semua negara di asia aku sebut). Maksud aku SEMUA! Sekarang aku sangat obses untuk baca blog-blog ibu-ibu yang punya anak atau baby lebih-lebih lagi yang umur anak mereka lebih kurang dengan Aniq Naufal. Aku jadi tak sabar-sabar nak tunggu mereka update blog mereka sebab tak sabar nak tengok picture terbaru anak-anak mereka kerana aku rasa baby-baby tu semua sangat chomel! Aku tak sabar nak tunggu perkembangan terbaru anak-anak mereka dan kalau ada perkembangan terbaru tentang baby-baby tersebut aku pun jadi gembira sama.

Sebelum ini tidak. Ok, aku mengaku, sebelum ini kalau kawan-kawan aku or ada orang bawa baby pada aku, aku akan kata, comel nyerr, tapi kadang-kadang sebenanya aku tak maksudkan pun, aku cuma nak ambil hati ibu mereka. Tapi sekarang tidak! Sebab aku rasa SEMUA baby itu CHOMELL!! Memang ikhlas daripada hati.

Dan kadang-kadang aku buat lawak pada En.3 Huruf

Aku: Abang, pii kan, sekarang ni, kalau ada orang Afrika nak bagi anak diorang kat pii pun pii nak bang! Serious pii cakap!
En.3 Huruf: Haha!!

Sekarang jugak, setiap kali aku nampak ada orang dukung baby or bawak anak-anak mereka dan aku berada di sebelah, mulut aku mesti ringan je nak tanya

"Berapa bulan ni" (sambil senyum dan agah-agah baby tue)

Sebelum ni, sorry, aku tak pernah ambil tahu! Serious aku cakap!

Selain tu, sejak ada nya Aniq Naufal, aku jadi agak sensetif. Pernah sekali aku menangis kat Stesen LRT Universiti sewaktu menunggu En.3 Huruf pick up aku di situ. Sebabnya..?? Sebab waktu tu aku nampak ada seorang ibu membawa 3 orang anak sedang beratur untuk naik bas, anak yang paling kecil lebih kurang sebaya Aniq Naufal sedang tidur di bahu si ibu sewaktu mereka sedang beratur untuk tunggu turn naik. Kakak dan abang pulak tolong pegang beg-beg ibunya. Ya Allah, sumpah waktu tu hati aku tersentuh. Kesian sangat aku tengok baby tu, sudahlah cuaca agak panas waktu tu, asap bas jangan cakap lah, bising hiruk pikuk kereta lalu lalang lagi. Sampai kat rumah pun aku teringat-ingat lagi tentang baby tu. Dah sampai ke mereka ke destinasi. Apa lah yang sedang di buat oleh baby tue. Selesa ke tempat tinggal dia.

Sebab tu sekarang, kalau ada masuk dalam surat khabar atau keluar berita tentang kes buang bayi atau penderaan, atau kes kezaliman ke atas kanak-kanak, aku ambil jalan 'Langsung tak nak tahu' Sebab once aku tahu, otak aku jadi penat nak fikir sebab aku akan keep berfikir sampai jadi letih.

Kadang-kadang timbul perasaan yang aku rasa nak tolong semua baby yang susah dalam dunia ni walaupun aku tahu aku tak mampu.

Dahulu bila mak selalu ucap 'Nanti kau jadi mak kau tahulah macam mana rasanya' aku selalu perlekehkan kata-kata dia & emosi dia. Tapi sekarang, aku dah tahu rasanya macam mana. Mungkin ini yang orang panggil "Naluri Keibuan"

Nota Kaki: Waktu tulis entry ni, serious aku rindu pada si kecik sorang tu, tengah buat apa la dia agaknya, haihhhh..


Wednesday, February 15, 2012

~Wordless Wednesday#5~

Monday, February 13, 2012

~Aktiviti Keluarga#2~







On saturday, mula-mula tak plan pun nak bawa Aniq Naufal ke mana-mana. But, since abang long (my borther) ajak dinner together, kami pun join sekali.

Lokasi: Restoran Al-Rawsha


Pintu masuk

Kalau daripada Bulatan Kampung pandan memang boleh nampak (daripda jauh nampak macam castil) haha..

Mula-mula plan nak pergi after maghrib, sebabkan takut Aniq tertido kalau dah malam sangat kami sekeluarga decide untuk pergi awal sikt & solat maghrib di sana sahaja.


Overall komen: Makanan sedap, cuma portion dia memang besar, ye la, ikut selera orang Arab kan, cuma dessert dia agak kurengg sedikit.


Budak kecik sorang ni, sekarang kalau orang makan, dia dah pandai kecur2 air liur, kesian jek tengok

Buah Hati Ibu!! Budak belakang yang baju biru tu asyik panggil-panggil Aniq ajak main, haha

Skill terbaru En.3 Huruf: Makan sambil memegang Aniq, ekeke


Sorry, gambar sebelum takde, yang ada, gambar selepas, hehe

Lebih kurang 8.30, kami bergerak pulang, Mak, abah, syida & boboi balik ke cheras, kami sekeluarga balik ke Cheras Prima & Abang Long & family ke Saujana Prima.

Sampai rumah, Aniq dah terkulai, sebab mengantuk sangat kot.

Ke esokan harinya, Ahad, kami attend Wedding kawan En. 3 Huruf pulak (sebenarnya satu sekolah jek dengan kami, so consider kawan aku juga la kan, hee)

Siap terserempak dengan salah seorang ex-school mate dulu. Dia salam peluk cium aku, lepas tu dia tegur En 3 Huruf (waktu tu En.3 Huruf yang pegang Aniq)

Ex-schoolmate: Eh, Wife ko mana (tanya pada En.3 Huruf dan waktu tu aku berdiri sebelah dia)
En.3 Huruf: Tu.. (sambil muncung mulut tunjuk kat aku)
Ex-schoolmate: Eh, ko kawen dengan dia..??!! (sambil tanya kat aku)


Haha!! kitorang gelak serentak!!



Another skill baru En.3 Huruf: Berborak dengan kawan-kawannya sambil kipas dan pangku anak!

Around 3pm kami bergerak pulang. Tapi ada satu benda yang aku nak share. Aniq Naufal sangat-sangatlah behave di khalayak ramai. Walau panas macam mana pun, dia langsung tak merengek. Walau haus macam mana pun, dia tetap cool. Good Boy!! Nanti ibu bawak jalan lagi yerrr!!

Masuk je dalam kereta terus Direct Feeding Aniq Naufal, sampai dia tertido & malam tu, dia tidur sangat awal. Jam 7.00 PM dia dah tidur sampai lah jam 6.00 am pagi tadi. Mungkin penat sangat kot. Kesian.

Tapi secara keseluruhan, aku sangat berpuas hati sebab dapat spend weekend lepas dengan kedua-dua KesayanganS!!

Friday, February 10, 2012

~Makan makan~

Kalau hari jumaat, lunch hour office aku memang agak panjang. So, semua orang akan ambil kesempatan untuk lunch jauh-jauh. But minggu ni tak, sebab company aku ada buat makan-makan (yeayy.. makan free!!)



Sebenarnya majlis di adakan sempena 2nd anniversary company aku dapat taraf Kolej Universiti dan juga birthday besh untuk staff-staff yang lahir antara January - March.

Aktiviti yang di adakan ialah, ucapan daripada Chairman, doa, nyanyi lagu birthday utk Jan-March babiesss (baby ke..?? haha) dan akhir sekali, upacara makan-makan sampai kenyanggg..wee..

Banyak jugak makanan, antaranya, Laksa, Mee kari, Satay, Roti Jala, Kek, buah-buahan, kew tiau goreng.




Before majlis habis, semua birthday girls & boys dapat present, bestnyerrr..


Hopefully, next time ada birthday besh untuk May babies pulak yer, (mengharap, haha)



Nota kaki: Sorry, gambar makanan tak sempat ambik sebab dah laparrrr..